Tips Ajar Anak Kecil Membaca

posted in: Info | 0

Nak ajar anak membaca? Di sini ada beberapa tips untuk ibu bapa mengajar anak-anak supaya mereka dapat membaca dengan mudah dan cepat. Hanya dilakukan di rumah sendiri tanpa perlu menghantar anak-anak ke pusat pendidikan atau kelas khas untuk mereka.

ajar anak membaca

Tips nya adalah:

  1. Sediakan suasana pembelajaran yang selesa di tempat belajar. Maksud saya kemas dan bersih. Yang utamanya, jangan ada sebarang permainan di kawasan tersebut.
  2. Tengok mood anak-anak. Pastikan dia tenang dan boleh beri tumpuan. Pastikan dia telah makan dan tidur. Agar dia boleh beri tumpuan sewajarnya waktu kita hendak kenalkan huruf.
  3. Jangan lebih dari 5 minit untuk mengajarnya kerana kanak-kanak jenis kinestatik dan cepat bosan. Lepas beberapa minit ajar lagi dia.
  4. Satu bunyi (kita guna phoinic) untuk satu hari. Contoh B. So hari tu just cerita pasal B je.. Ini semua untuk dia lebih kenal B dan bunyinya. If kat tadika saya B tu diajar selama seminggu dengan pelbagai method.
  5. Kenalkan huruf kecil dahulu peringkat awal. Selepas itu ajar tulis huruf kecil dahulu. Di tadika saya bila umur 6 tahun baru saya ajar huruf besar. Ini agar tak mengelirukan pelajar. Lagi pun huruf kecil yang banyak digunakan dalam sesuatu ayat. Buat pengetahuan, kanak-kanak mesti diajar satu persatu. Bila dia sudah mahir baru pindah ke tajuk lain.

Rahsia Anak Pintar Cerdas

Mengajar Guna Kaedah Fonetik

Kaedah fonetik adalah kaedah yang paling sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca.

Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu. Kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak bahkan menyusahkan mereka, lambat, mengelirukan dan membebankan memori.

Antara buku Siri Cepat Membaca menggunakan kaedah fonetik yang telah diterbitkan ialah:

1) Set Bacalah Anakku
2) Set Buku Al-Furqan
3) Set ReadEasy Phoenics

Anda boleh dapatkan buku-buku ini di kitpendidikan.com

Leave a Reply

CommentLuv badge