Kit Pendidikan merupakan jenama di bawah syarikat Reka Impian Sinergi. Kit Pendidikan memfokus kepada penjualan alat permainan untuk pembelajaran bagi semua peringkat umur. Antara produk yang ditawarkan oleh Kit Pendidikan ialah Tangram, Buku puzzle tangram, dan blok puzzle.

Untuk senarai penuh produk yang dipasarkan boleh ke halaman “Shop“.

Visi

Melahirkan generasi genius dengan kaedah bermain sambil belajar.

Misi

  • Mengenal pasti permainan yang bukan sahaja untuk suka-suka tetapi boleh menjadi input pembelajaran kepada pemainnya.
  • Memastikan produk yang dipasarkan adalah yang berkualiti, istimewa dan berkesan.
  • Sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik mesra pelanggan.

Reka Impian Sinergi

Reka Impian Sinergi (001913063-P) adalah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan, 1956 (Pindaan 2001).

“Kit Pendidikan” dan “Walva Store” merupakan antara produk / jenama di bawah kawal selia syarikat Reka Impian Sinergi ini.

Reka Impian Sinergi telah beroperasi sejak tahun 2008 berpusat di Ampang, Selangor. Sehingga sekarang, Reka Impian Sinergi telah menjalankan perniagaan secara online sahaja dengan pelbagai jenis produk yang berpotensi mengikut keadaan semasa.

Jenis perniagaan utama syarikat ini adalah menjual Bahan Pendidikan, dan Produk Makanan dan Minuman. Perkhidmatan lain yang turut didaftarkan adalah Rekabentuk Grafik, Membina Laman Web, Percetakan, Cenderamata dan Hadiah, Menjual Pakaian dan Produk Telekomunikasi (Simkad ONEXOX).